Jumaat, 31 Oktober 2008

Khamis, 30 Oktober 2008

DEBAT MAMPU NILAI PEMIMPIN


MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Debat mampu nilai kemampuan pemimpin negara - Nik Aziz
Thu Oct 30, 08 5:15:23 pm
KOTA BAHARU, 30 Okt (Hrkh) - PAS menyambut baik saranan diadakan debat dan berharap ianya diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan, kata Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya.

"Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengetahuan," katanya yang dipetik Bernama ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini hari ini.

Seramai 310 orang pelajar kelas jahitan dan tenungan tangan seluruh Kelantan menerima sijil masing-masing dan akan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan wanita di kawasan masing-masing.

Nik Aziz berkata umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya.

Selasa, 28 Oktober 2008

INANG FLORA



SELAMAT DARANG KE
INANG FLORA km 23, 06400 Pokok Sena Kedah, Darul Aman.

Sabtu, 25 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA



Majlis Aidilfitri Kota Darulnaim meriahkan sidang Dun Kelantan
Mohd Nor Yahya I Foto Rizal Tahir - Sun Oct 26, 08 6:41:15 pm MYT

KOTA BHARU, 26 Okt (Hrkh) - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menjadi lebih meriah apabila majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di hadapan dewan tersebut.

Ribuan kakitangan kerajaan negeri, pusat dan penduduk berdekatan hadir menikmati pelbagai juadah yang disedia di 62 gerai.

Tempat letak kereta di bawah Plaza Kota Darulnaim dan ruang jalan kaki di hadapan blok 1 dan 2 menjadi tumpuan orang ramai. Kehadiran orang ramai begitu sendat sekali.

Majlis itu tambah meriah lagi dengan kehadiran Tengku Amalin A'ishah Putri. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub, Setiausaha Kerajaan Negeri. Dato' Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan jabatan negeri dan persekutuan.

Hari ini persidangan Dun memasuki hari kelima dan berlangsung pembentangan anggaran Belanjawan Kelantan 2009 yang dibentang anggota Exco, Dato' Husam Musa mewakili Menteri Besar.

Jurucakap urusetia penganjur, sebanyak 62 gerai yang menghidangkan pelbagai juadah makanan dan minuman kepada pengunjung yang datang bertali arus.

Katanya, tujuan utama majlis itu diadakan bagi merapatkan hubungan kakitangan yang berada di dalam kompleks Kota Darulnaim dan dari segenap jajahan di Kelantan.

"Terdapat juga gerai-gerai dari pejabat tanah dan jajahan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang menghidangkan pelbagai juadah seperti roti canai, laksa dan laksam, nasi dagang, satay, pulut ikan kering dan nasi air," katanya.

Manakala gerai yang menjadi tumpuan iaitu milik Pejabat Menteri Besar yang menghidangkan nasi beriani, roti jala dan kuzi ayam, Pejabat Majis Mesyuarat Kerajaan pulut ikan kering bersama rendang daging, Yayasan Islam Kelantan (pizza Arab) dan PKINK (mee mamak dan mee bandung).

Jabatan Mufti (satay), Urusetia Penerangan (cendol pulut tapai), MPKB-BRI (nasi minyak) dan Urusetia Pembangunan Belia, Wanita dan Sukan pula menghidangkan pelbagai colek buah.