Isnin, 19 Januari 2009

KUTUK KEKEJAMAN YAHUDI

Image Lanjusoh Foto Rizal Tahir/Sat Jan 24, 09 12:49:16 pm


KOTA BHARU, 24 Jan. 2009 (Harakah) - Lebih 10,000 rakyat Kelantan bersama pemimpin dan pegawai kanan kerajaan menunaikan solat hajat bagi menyelamatkan umat Islam di Palestin, kini menjadi mangsa kezaliman rejim haram Yahudi.

Selain itu masyarakat bukan Islam yang terdiri dari kaum Cina, India dan Siam serta penganut Buddha melaungkan kata-kata Hidup Palestin di majlis Solat Hajat Perdana dan Pelancaran Tabung Cakna Palestin di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi.

Wakil Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya tidak kelihatan biar pun dijemput hadir pada program anjuran kerajaan negeri itu. Program bermula jam 5 petang dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan. Orang ramai mulai tiba sejak selepas Asar dan terus berasak-asak di pintu stadium menjelang waktu Maghrib.

Solat hajat diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustapha. Selepas solat Maghrib diadakan zikir munajab yang menyaksikan padang bola stadium di segenap ruang dipenuhi manusia, kecil, besar, tua dan muda.

Selepas solat Isya yang juga diimamkan Mohamad yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, bacaan al Quran diperdengarkan oleh pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Lokman Ibrahim dan terjemahannya dibaca Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Haron.

Kemudian kumpulan Raihan mengambil tempat dengan mendendangkan tiga lagu nasyid. Selepas itu seramai 240 pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Lelaki mempersembahkan pentomen yang diarah seorang blogger, Syed Azidi Syed Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang bertajuk Mengapa Aku Dibunuh.

Wakil sekretariat NGO Kelantan, Nazri Deraman berharap perhimpunan membantah kekejaman Israel itu menjadi simbol kepada solidariti rakyat Kelantan. Katanya kehadiran rakyat tanpa mengira agama dan bangsa menjadi kesatuan untuk menyatakan rasa simpati rakyat negeri ini terhadap mangsa keganasan tentera Yahudi di Gaza.

Wakil kaum Cina, Chia Chua Lai, wakil kaum India, Thuraman a/l Arjunan dan wakil kaum Siam, Chan Ko En a/l Eh Rong melaungkan teriak Hidup Palestin yang bergema di dalam stadium selepas menyampaikan ucapan mengutuk keganasan Yahudi.

Wakil penganut Buddha, We Choi Lin juga melahirkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku ke atas umat Islam di Palestin sekarang angkara keganasan tentera Yahudi. "Saya meminta Israel menghentikan keganasan dan perang sehingga menyebabkan sudah ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban.

"Keserakahan manusia seperti dilakukan tentera Yahudi menyebabkan kehidupan manusia di muka bumi menjadi tidak tenteram," katanya. Di akhir ucapannya beliau melaungkan perkataan 'Hidup Palestin, Hidup Islam'. Menjelang jam 12 malam orang ramai yang berada di padang basah kuyup ekoran hujan lebat.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannnya, Dato' Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin, Ketua Penerangan KeADIlan, Tian Chua dan wakil Hamas, Najis Suris al Ghaza.

IBU BERDOA SEMOGA CEPAT SEMBUH

tiblakedah.blogspot.com

SERIK ANAK SERTAI PLKN


AHMAD Al-Hashyiemi koma selepas terjatuh dalam longkang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

KOTA BHARU: Bapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini, meminta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan ciri keselamatan di semua kem latihan PLKN.
Md Hussin Yunus, 45, berkata ciri ini penting dan harus diberi keutamaan kerana membabitkan nyawa pelatih yang kebanyakannya masih baru dengan suasana di kem. "Ini berkaitan dengan nyawa dan keselamatan anak kita.
Saya mempunyai lima lagi anak yang mungkin terpilih menyertai PLKN. Selepas kejadian ini, saya agak takut untuk membenarkan anak saya menyertainya dan mungkin akan memohon untuk pelepasan," katanya.

Ahad, 18 Januari 2009

MASANYA SUDAH TIBA


Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata
KUANTAN 18 Jan.2009 - Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan bukan faktor calon semata-mata.

Beliau berkata semua pihak dalam Umno dan BN perlu berhenti menuding jari mencari kesalahan pihak lain dan sebaliknya perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu seperti perumpamaan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

“Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Khamis, 15 Januari 2009

Ahad, 4 Januari 2009

JANGAN SEKAT HASRAT KAMI

Oleh Ainul Asniera Ahsan (Utusan Malaysia)
Tony Fernandes (kiri) dan Kamaruddin Meranun menerangkan isu pembinaan KLIA-East di Labu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
SEPANG 12 Jan. - AirAsia Bhd. (AirAsia) meminta para pengkritiknya supaya tidak menyekat hasrat untuk 'terbang jauh lebih tinggi' dalam misinya menguasai industri penerbangan di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, semua pihak sepatutnya memberinya ruang dan peluang supaya AirAsia mampu bersaing lebih hebat dengan Singapura yang didakwanya telah mengambil peluang secukupnya daripada ketidakcekapan Malaysia mengendalikan industri berkenaan.

''Mengapa hendak halang dan mengkritik apa yang kami lakukan. Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada AirAsia. ''AirAsia diterajui oleh rakyat Malaysia, walaupun kami bukan syarikat milik kerajaan (GLC). Kalau kami mampu dan berupaya melakukannya (menguasai industri penerbangan) mengapa hendak 'bunuh' kami?

''Berilah AirAsia peluang untuk tunjukkan kemampuan kami kepada dunia,'' katanya dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia di sini. Beliau berkata demikian ketika minta mengulas mengenai pelbagai reaksi negatif mengenai cadangan AirAsia untuk membina Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru yang dikenali KLIA-East di Labu.

Katanya, AirAsia kini sudah pun berjaya mengatasi kedudukan Singapura sebagai hab penerbangan tambang murah kerana sudah memiliki kapasiti penumpang sebanyak 12 juta berbanding dua juta oleh pesaingnya. Jelasnya, AirAsia amat memerlukan LCCT sendiri yang berupaya menyediakan kemudahan yang jauh lebih baik kepada syarikat dan penumpang memandangkan terminal sedia ada yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) tidak mampu memenuhi pertumbuhan pesat syarikat penerbangan tambang murah tersebut.

Beliau menambah, meskipun MAHB menyatakan akan membina terminal LCCT baru yang lebih selesa tetapi AirAsia masih ragu-ragu dengan cadangan itu kerana sehingga hari ini tiada kata putus. ''Lihat sahaja kerja-kerja pembesaran di LCCT ini, dulu kata boleh siap pada September 2007 tetapi sudahpun Januari 2009, kerja-kerja itu masih berjalan,'' katanya.

Malah, dalam serba kekurangan kemudahan di LCCT, AirAsia masih perlu membayar sewa setanding dengan kadar yang dikenakan di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dalam pertemuan itu, Fernandes turut melahirkan rasa kecewa dengan tanggapan pengkritiknya yang mendakwa AirAsia bagaikan anak emas kepada kerajaan kerana segala kehendaknya dituruti.

Beliau berkata, apa yang diperoleh oleh AirAsia adalah hasil kerja kerasnya untuk memastikan syarikat penerbangan tambang murah itu mampu meneruskan kelangsungan hidupnya dalam industri itu. ''Apa yang AirAsia dapat? Kita minta subsidi, sampai sekarang tidak dapat, begitu juga dengan beberapa laluan yang dicadangkan.

''AirAsia mendapat laluan Singapura selepas tujuh tahun berjuang. Kalau tidak macam mana kami hendak bersaing?,'' tambahnya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarudin Meranun yakin pembinaan KLIA- East mampu merancakkan tumpuan syarikat itu untuk menguasai industri penerbangan.

''Tidak dinafikan, saya dan Fernandes tidak ada pengalaman dalam industri lapangan terbang, sama juga ketika kami mula-mula terlibat dalam industri penerbangan. ''Tetapi kami telah buktikan daripada dua kapal terbang, kini AirAsia sudah memiliki 75 buah pesawat. Dengan jumlah 200,000 penumpang tujuh tahun lalu kini kami mempunyai 12 juta.

''Yang penting kami telah banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara dan berjaya merealisasikan impian jutaan rakyat Malaysia untuk terbang ke destinasi impian mereka,'' tambah beliau. Ditanya apakah AirAsia telah mengambil kira setiap risiko sebelum mengambil keputusan mengendalikan terminal LCCT sendiri, Kamaruddin berkata: ''Kami mempunyai pelan perniagaan jangka panjang dan oleh sebab itu kami merancang untuk menambah lebih banyak pesawat pada masa depan''.

Bagaimanapun, katanya, sebagai organisasi yang terlibat dalam perniagaan, AirAsia tidak boleh lari daripada masalah akan datang kerana ia adalah pusingan kehidupan. ''Kita boleh berusaha mengatasi segala masalah yang datang dan selebihnya berserah kepada-Nya,'' ujar beliau.
BOIKOT BARANGAN AMERIKA DAN JANGAN SOKONG BENTUK KEZALIMAN.