Khamis, 30 September 2010

POKOK TEMUSU

Pokok TemusU mudah diperolehi di kampung-kampung pendalaman. Kayunya keras dan tahan dimakan anai-anai. Kebiasaannya orang kampung gunakkan kayu temusu untuk buat pagar.

Selasa, 28 September 2010

REZEKI YANG HALAL

Pondok rehat di sebelah store baja
Mudah diambil kebun pun dekat
Duduk sendirian keluarga berkerja
Perkerja halal membawa berkat

• Atas: Anak buah Irfan aktif dan boleh berdikari.
• Bawah: YouTube 'Rezeki yang halal'
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA 1033s.

Khamis, 23 September 2010

YANG HIDUP SEBATANG TU JE

Anakku suka mencuba menanam pokok. Benih dibelinya di kedai di Pokok Sena. Benih ditabur di tepi rumah. Setelah ditanam tidak dijaga dan dibubuh baja. Yang tinggal hanya sebatang tu je.Entah berbuah entah tidak tunggulah....