Khamis, 2009 November 26

KL- IPOH 1 JAM 55 MINIT

SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia. Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj).

REKAAN dalaman ETS yang lebih selesa dan kondusif berdasarkan ilustrasi.

Tren elektrik itu menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju.

"Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada," kata Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan kepada Infiniti ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini," tambahnya sambil menjelaskan sistem ETS adalah dari Jepun tetapi pembinaan kereta api dilakukan di Korea Selatan. Perkhidmatan kereta api ETS akan dimulakan setelah lima buah kereta api ETS yang datang secara berperingkat diterima KTMB.

Aminuddin bagaimanapun menjelaskan ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter.

"Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya.

AMINUDDIN menjangkakan ETS bakal menaikkan imej KTMB dan pencetus perubahan awal kepada senario pengangkutan kereta api perjalanan jauh di Malaysia.

Tambah Aminuddin, ETS mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, dilengkapi pendingin hawa, televisyen LCD, ciri mesra pengguna kurang upaya dan ciri keselamatan Automatic Train Protection System.

"Untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti," kata Aminuddin sambil memberitahu ETS berkapasiti 350 penumpang.

Cuma, disebabkan ETS berkelajuan tinggi dan menggunakan landasan elektrik maka orang ramai yang tinggal berdekatan landasan kereta api elektrik perlu mempertingkat tahap waspada. Dengan penggunaan tenaga elektrik sebesar 25 kilowatt, ia boleh memberikan renjatan elektrik yang amat teruk sekiranya kanak-kanak bermain layang-layang dan ia tersangkut di pencawang elektrik landasan.

Kos pembinaan landasan berkembar elektrik juga tinggi. Disebabkan itu, peluasan landasan berkembar elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia juga perlu dinilai berdasarkan keperluan. Bernama pernah melaporkan, KTMB melabur sebanyak RM15.7 bilion bagi keseluruhan projek ETS yang melibatkan landasan keretapi sepanjang lebih 700 kilometer.

"Ini semua bersifat timbal balik. Kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pengguna dan kami mahu membuat kehidupan orang ramai lebih mudah. Justeru, pelaburannya juga perlu setanding. Bayaran tambangnya juga perlu dinaikkan sesuai dengan kemudahan yang diberikan. Bagaimanapun, kami belum menetapkan tambang yang bakal dikenakan untuk ETS," katanya sambil turut menjelaskan perkhidmatan kereta api di negara ini dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan kebanyakan negara jiran.

Katanya, KTMB menjangkakan ETS bakal menarik perhatian lebih ramai golongan profesional dan ahli perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.

"Berasaskan kemudahan yang lebih selesa dan perkhidmatan yang lebih laju, ia boleh menarik lebih ramai komuniti profesional dan ahli perniagaan yang sering berulang-alik ke destinasi-destinasi terlibat," katanya.

Seiring dengan imej ETS yang moden, Aminuddin berharap ETS dapat meningkatkan imej KTMB. "Saya berharap ETS dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Dengan imej baru ini, KTMB dapat mencetuskan budaya kerja yang lebih proaktif, dinamik dan mesra pelanggan," ujarnya.

(Sumber : Kosmo 261109)

Jumaat, 2009 Ogos 28

LEGAKAN SAKIT BELAKANG

SAKIT belakang merupakan masalah biasa dan boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Sakit belakang muncul akibat kecederaan atau trauma pada bahagian bawah belakang. Ramai rakyat Malaysia mengalami kecederaan pada bahagian belakang mereka ketika menegangkan otot atau rawan mereka.

Tetapi sesetengah masalah sakit belakang berkembang dalam jangka masa panjang dan boleh dicetuskan oleh gerak-geri yang dibuat secara mengejut.

Beberapa penyebab sakit belakang yang paling biasa ialah mengangkat barang mengikut cara yang salah, memulas dan memusing badan, atau mengunjur badan secara berlebihan, posisi tubuh ketika tidur, tidak aktif, penuaan, kecederaan tulang belakang akibat kemalangan, kecederaan akibat aktiviti sukan, kehamilan, malah sebab keturunan seperti penyakit skoliosis.

Penghisap rokok adalah 2.5 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat sakit belakang dan kadar pemulihan mereka daripada sakit belakang juga adalah lebih rendah. Merokok menyebabkan sakit belakang melalui kemerosotan ketara kepada disk antara vertebra, kekurangan oksigen dalam bekalan darah (yang menjejaskan secara mendadak proses penyembuhan), serta meningkatkan risiko terjadinya keretakan kepada pinggang, pergelangan tangan dan tulang belakang.

Penambahan berat badan pula akan memberi tekanan yang kuat kepada bahagian bawah belakang, terutama sekali rawan yang mungkin menjadi tegang buat selamanya dan menyebabkan kelemahan jangka panjang. Kurang senaman bersama dengan Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi juga boleh meningkatkan risiko penyakit osteoporosis.

*Meringankan Sakit Belakang

Banyak kaedah berbeza dalam menguruskan kesakitan, termasuk:

i) Penawar sendiri yang mudah

Pek sejuk atau semburan menyejuk-beku tempat yang sakit merupakan tindakan yang anda boleh ambil untuk meringankan kesakitan. Ini khususnya terhadap sakit yang meruncing. Satu lagi cara biasa ialah mandi air panas. Haba akan mengendurkan dan melegakan otot yang sakit.

ii) Penahan sakit semula jadi

Terdapat berbagai jenis preskripsi dan ubat yang boleh digunakan untuk melegakan sakit belakang. Namun penggunaan berpanjangan mungkin mendatangkan akibat buruk yang mungkin membawa kepada komplikasi lain seperti pendarahan gastro usus, masalah buah pinggang dan hepar, juga penyakit komplikasi kardiovaskular.

Kebanyakan ubat penahan sakit moden hanya merawat gejala penyakit sahaja tetapi tidak merawat sebab sebenar kesakitan. Sebagai pengamal holistik, pendekatan halus digunakan, meliputi diet, menukar gaya hidup, bersenam, nutrisi, herba, terapi semula jadi dan sebagainya. Kesannya mungkin lambat tetapi kesan jangka panjangnya adalah lebih baik kerana rawatan bertumpu kepada punca sakit belakang.

Kita dianugerahkan dengan herba semula jadi yang telah pun terbukti keberkesanannya dalam melegakan sakit belakang tanpa kesan sampingan yang wujud pada semua NSAID (ubat anti inflamasi bukan steroid). Terdapat banyak herba pelega kesakitan seperti boswelia, saderi dan halia. Dua herba yang telah pun didapati berkesan iaitu pati kulit pokok willow (EFLA 462) yang dipiawaikan dan pati pokok cat's claw yang dipiawaikan.

*Pati kulit pokok willow

Kajian mendapati pati pokok willow yang dipiawaikan adalah sama keberkesanannya dengan NSAID sintetik. Terdapat banyak penyediaan pati kulit pokok willow tetapi kebanyakannya mengandungi Salacin sahaja sebagai bahan aktif. Ini didapati kurang berkesan berbanding produk kulit pokok willow tradisi yang menggunakan keseluruhan kulitnya.

Frutarom dari Switzerland menggunakan seluruh kulit pokok willow yang diperolehi daripada berbagai jenis pokok willow termasuk Salix purpurea, Salix fragilis, dan Salix daphnoids, semuanya mempunyai bahan aktif lebih tinggi. Frutarom telah berjaya membangun dan mempatenkan proses yang dikenali sebagai polyshield untuk menghalang kemusnahan ramuan aktifnya.

Di samping tindakan antiradang serta melegakan kesakitan, kajian mendapati bahawa kulit pokok willow yang dipatenkan oleh Frutarom mempunyai kesan perlindungan terhadap rawan sendi. Ini merupakan kelebihan nyata kerana ia bukan sahaja melegakan gejala tetapi juga merawat penyebab masalah itu. Kerana ia produk semulajadi, maka kulit pokok willow didapati tidak mempunyai kesan sampingan. Ia juga merupakan suatu pilihan yang lebih selamat untuk kesakitan jangka panjang dan pengurusan radang.

b) Pati pokok cat's claw

Pokok cat's claw didapati mempunyai ciri-ciri anti radang dan pelega kesakitan yang sangat mujarab. Secara bersama, kedua-dua pati kulit pokok willow dan cat's claw yang dipiawaikan didapati mempunyai tindakan bersinergi terhadap kedua-dua kesakitan dan inflamasi.

*Nutrien dan terapi

Nutrien-nutrien yang boleh membantu memperbaiki dan membina semula rawan termasuklah Glukosamina dan Chondroitin manakala nutrien-nutrien seperti kalsium, magnesium, boron, mangan, zink, kuprum dan vitamin D adalah diperlukan untuk membina tulang. Vitamin C, E dan minyak ikan Omega 3 telah pun terbukti dapat membantu meringankan sakit belakang dan juga memperkuatkan rawan.

Dalam kerjaya holistik, tindakan pertama untuk menguruskan sakit belakang ialah amalan terapi dikenali sebagai Terapi Bowen. Terapi Bowen merupakan rawatan yang amat halus, lembut dan berkesan dan boleh membantu melegakan kesakitan, selalunya memerlukan sehingga tiga sesi sahaja. Ia berkesan untuk merawat semua bentuk sakit belakang.

Teknik Isogai, sejenis kaedah rawatan Jepun pula merupakan satu lagi kaedah yang boleh membantu menguatkan tulang belakang dan juga membantu membetulkan bahagian pinggang yang terseliuh, yang dianggap sebagai penyebab kebanyakan masalah berkaitan sakit belakang. Apabila bahagian yang terseliuh itu dibetulkan, kesakitan yang dialami akan hilang.

Ia melibatkan senaman tertentu yang memerlukan ketabahan dan disiplin. Mereka yang ingin mengamalkan bentuk terapi ini perlu membeli satu bantal seramik khas dan tali-tali sabuk yang digunakan untuk mengikat kedua kaki semasa melakukan senaman. Apabila mematuhi segala syaratnya, rawatan ini lazimnya amat berkesan.

Bagi sakit belakang yang tertumpu kepada suatu kawasan yang kecil sahaja, Terapi Laser Berintensiti Rendah (LILT) boleh digunakan terhadap tompok yang sakit untuk melegakan kesakitan. Kaedah-kaedah lain yang lazimnya digunakan bersama sebagai sebahagian daripada rawatan termasuk penggunaan "Far Infra-Red Dome" yang ditumpukan ke atas kawasan yang mengalami kesakitan.

Sakit belakang seringkali mempunyai penyebab yang pelbagai, oleh itu diagnosis amat sukar dilakukan. Mengekalkan berat badan yang sihat dan bersenam untuk memperkuatkan belakang anda boleh membantu. Jika anda berhajat untuk mengambil suplemen pati kulit pokok willow (EFLA 462) yang dipatenkan dan cat's claw yang dipiawaikan, pilihlah dengan teliti semasa berada di kedai farmasi.

(Artikel ini disumbangkan oleh Pahang Pharmacy Sdn. Bhd).

Rabu, 2009 Ogos 12

APA ITU H1N1

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?


Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko
  1. Orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
  2. Perempuan yg mengandung
  3. Orang yg ada astmatic
  4. Orang-orang yang bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
    * kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom-simptom

Hari pertama - rasa kurang sihat, tak bermaya
Hari kedua - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
Hari ketiga - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari keempat - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .
Hari kelima - dan seterusnya lung collapse @ koma

Cara-cara untuk membendung daripada jangkitan virus ini. Antaranya:-

  1. Elakkan tempat awam.
  2. Kerap basuh tangan dengan sabun. Jika kemudahan mencuci tangan tidak didapati, gunakan bahan pencuci tangan antiseptik yang sesuai atau tuala kertas berantiseptik. Selepas itu, cui tangan dengan air sebaik sahaja anda boleh berbuat demikian.
    Basuh tangan dengan cara yang betul.
    Cara-caranya:-
    a) Basuhkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna.
    b) Gosok kedua-dua tapak tangan.
    c) Gosok setiap jari dan celah jari.
    d) Gosok kuku di tapak tangan.
    e) Gosok belakang tangan dan celah jari.
    f) Basuh tangan dengan air bersih secukupnya.
    g) Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.
  3. Gunakan tisu atau sapu tangan bila anda batuk dan bersin.
  4. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut.
  5. Elakkan daripada melawat negara-negara yang dilanda dengan Influenza A (H1N1).

Jumaat, 2009 Ogos 07

APA PEMIMPIN KATA


Tun Dr Mahathir "buuoo" to Nazri

Isnin, 2009 Julai 27

RAYUAN SUMBANGAN DERMA

SURAU PERKAMPUNGAN DARUL HIDAYAH Sumbangan derma adalah dalam bentuk :-
  • Wakaf lantai (RM 50/ka. persegi)
  • Zakat
  • Sumbangan/ Amal Jariah
  • Bahan binaan

Bayaran atas nama “SURAU DARUL HIDAYAH” No Akaun Bank : CIMB : 1210-0004507-05-6
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

  • Mohamad Jan Sulong – 019 2704432
  • Haji Wan Yunud Abd Rahman – 013 3806710
  • Haji Yunus Bahari - 019 2289221

Selasa, 2009 Julai 14

PASANGAN KEKASIH DIGANTUNG SAMPAI MATI


Seorang bekas pelajar kolej swasta bersama teman lelakinya didapati bersalah membunuh rakannya sendiri menangis teresak-esak selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Semasa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan, Noralina Ahmad Dasuki, 22, yang gagal mengawal emosi terpaksa ditenangkan oleh ibupanya dan kerap kali menyatakan bahawa dia bersumpah tidak melakukan kesalahan itu.

Menurut Bernama, kejadian menyayat hati itu menarik perhatian wartawan dan petugas mahkamah hingga ada yang turut mengalirkan air mata, apatah lagi melihat pelukan bapa dan ibu bagi menggambarkan kasih sayang terhadap anak mereka.

Ibu Noralina yang tidak henti-henti mengalirkan air mata sempat menasihatkan anaknya supaya menerima keputusan itu sebagai takdir dan tidak lupa sembahyang serta berulang kali menyebut "Mama sayangkan adik, hanya Allah yang tahu apa berlaku, adik jangan tinggal sembahyang, berdoa banyak-banyak."

Hampir 20 minit keadaan itu berlaku sehinggalah polis mahkamah membawanya keluar dari kandang tertuduh, Noralina masih lagi merayu agar ibunya menolong melepaskannya dan dia yang kelihatan lesu enggan menerima bekalan makanan walaupun dipujuk oleh anggota keluarga.

Sementara teman lelaki gadis tersebut, Muhammad Khairul Anuar Abdullah yang turut dijatuhi hukuman gantung sampai mati turut mengalirkan air mata dan menekup mukanya dengan tangan setelah hakim membacakan hukuman.

Dalam keadaan tangan bergari sebelum dibawa ke lokap, dia memeluk anak lelakinya yang berusia tiga tahun dan menangis teresak-esak ketika didekati isterinya, lapor agensi berita itu lagi.

Pegawai penjara yang berada di mahkamah terpaksa membawa tertuduh ke lokap apabila melihat ibu Muhammad Khairul tidak dapat mengawal emosi dan meraung-raung bagaikan tidak mahu melepaskan anaknya itu.

Noralina, bekas pelajar kolej PTPL dan Muhammad Khairul, bekas pekerja Astro, didakwa membunuh Juliana Md Fuzi, 20, seorang pelajar Kolej Islam Antarabangsa di dalam bilik nombor 5133, Tingkat 5, Sunrise Apartment, Wisma Indah, Blok 498, Jalan Tun Razak, Cheras antara 23 Mac 2007 kira-kira pukul 10 malam dan 24 Mac 2007 kira-kira pukul 8 malam.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Ketika penghakiman, Mohamad Zabidin berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya membuktikan kes.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan memanggil 33 orang saksi, manakala tertuduh pertama dan kedua - yang diperintah membela diri - masing-masing memanggil tiga saksi dan seorang saksi.

Dalam perbicaraan kes ini, mahkamah diberitahu bahawa ketika kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat di belakang dan leher terjerut menggunakan 'cable light' di dalam bilik serta terdapat kesan kuku yang menunjukkan mangsa meronta-ronta ketika pembunuhan berlaku dan beliau turut dirogol.

Keterangan beberapa saksi menyatakan kedua-dua tertuduh juga telah mengambil barang si mati seperti telefon bimbit, duit dan kad ATM. Kedua-duanya juga telah membuang kain yang diambil dari tempat kejadian ke dalam lombong.

Di peringkat pembelaan pula, kedua-dua tertuduh saling menyalahkan antara satu sama lain. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik, manakala Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan peguam T Suresh bagi pihak Muhammad Khairul.


Sumber : Malaysiakini 14 Julai 2009

Khamis, 2009 Mei 07

WAHEEDA ADALAH ISTERI SAYA?


"Saya ingin menjelaskan Waheeda adalah isteri saya tetapi di dalam program Cafe Akhil Hayy yang bernama Hani Al Zahra," kata Akhil yang seolah-olah cuba bermain dengan perasaan media ketika masing-masing khusyuk menantikan pendedahan yang dikatakan mahu dibuat pendakwah itu pada sidang media program sebanyak 13 episod.

Bagaimanapun harapan kami punah apabila mereka hanya bergelar suami isteri di kaca televisyen saja bukan seperti digembar-gemburkan. Mengakui muak dengan tuduhan yang masih belum mempunyai tanda berhenti, Akhil menganggap perkara itu sebagai cabaran untuk berdakwah.

"Allah melaknat orang yang membangkitkan fitnah walaupun ketika sedang tidur. Saya pun tidak tahu kenapa tiba-tiba saja benda ini datang seperti tsunami. "Mungkin inilah cabaran perjalanan dakwah saya. Nabi pun difitnah apatah lagi saya. Baginda melalui perjalanan yang lebih teruk tetapi masih gigih meneruskan dakwah. Saya hanyalah manusia biasa, bagi saya tidak ada orang yang sempurna dalam dunia ini.

video

Photobucket

DEMI MASA

MALAYSIA

MEKKAH

LONDON

Semogaa berjumpa lagi