Selasa, 10 Mac 2009

DR. MAZA SEPENDAPAT DENGAN NIK AZIZ

Azamin Amin
Tue Mar 10, 09 1:06:25 pm
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Harakah) - "Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Demikian dinyatakan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) yang sebelum ini pernah menulis setahun lalu dalam blognya yang bertajuk:"Beza antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah." berhubung isu berkaitan.

"Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan 'Allah'. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik," katanya dalam laman blognya itu baru-baru ini

Katanya Majlis Fatwa Perlis ketika beliau menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. "Jangan kita nak 'divert' isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

"Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Katanya jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan katakan bahawa agama Islam yang melarang tetapi beritahu orang bukan Islam bahawa peraturan Kerajaan Malaysia yang melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

"Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam." katanya ynag kini masih berada di Lampeter, United Kingdom.

Arkib temubual dengan Yusuf Islam

Sabtu, 7 Mac 2009

ISYARAT JELAS RAKYAT TOLAK PPSMI

Azamin Amin Sat Mar 07, 09 5:26:03 pm
KUALA LUMPUR, 7 Mac 2009 (Harakah) - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong. "Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN.

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka "Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Selasa, 3 Mac 2009

HARI INI DALAM SEJARAH - DUN PERAK

Sidang terbuka di luar Dewan jatuhkan maruah institusi

Apa mereka Kata

  • Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula menyifatkan tindakan pakatan pembangkang itu sebagai kerja gila. "Perbuatan itu umpama orang pada zaman jahiliah yang bertindak seperti orang yang tidak siuman dan tidak boleh berfikir panjang "Tindakan mereka itu sebenarnya tidak berpandukan kepada Perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya. (Utusan Malaysia - 3 Mac. 2009)

  • Sidang DUN Perak: "Jika di atas pokok pun ia sah" Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff. "Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" . (Harakah 4 Mac. 2009)

Isnin, 2 Mac 2009

DUN PERAK DIKUNCI

Abdullah Ahmad Badawi sifatkan tindakan V. Sivakumar memanggil sidang tergempar hari ini tanpa menunggu keputusan mahkamah sebagai sengaja mewujudkan kontroversi.

Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco fail permohonan supaya Mahkamah Tinggi Ipoh isytihar keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka hadir sidang DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini ditutup dan semua temu janji dibatalkan. Polis akan bertindak ke atas orang ramai yang berhimpun di bangunan SUK Perak.

Selasa, Mac 03, 2009

Pakatan Rakyat - Sidang DUN pagi ini

Ahli DUN Pakatan Rakyat tetap akan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri Sidang Tergempar DUN Perak sebentar lagi.Maklumat semua jalan masuk ke bangunan itu telah dikepung dengan sekatan oleh pihak keselamatan sejak kelmarin. Tapi itu bukan masalah bagi Pakatan Rakyat , itu adalah masaalah BN yang sangat terdesak pada saat ini.