Sabtu, 6 Disember 2008

TANAH RUNTUK BERULANG

Photobucket

MB Selangor YB Khalid Ibrahim beri penjelasan : Beri Tempoh 10 Hari Selesai

Ahad, 23 November 2008

Ahad, 2 November 2008

BEBASKAN DIRI DARI MAKSIAT

Photobucket


Mengingati mati asas ummah capai ketenangan hidup

Penyakit berbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati yang sakit.

Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran.

Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila diserang penyakit hati akan mengambil kesempatan lari daripada tanggungjawab dan menangguhkan kerja sehingga menjejaskan tugasnya.

Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabai amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat.

Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling daripada Allah , hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan kepada keperibadiannya.

Pertanyaan paling mahal dan bernilai bagi seorang Mukmin ialah: “Apakah aku sudah kehilangan hati suciku hari ini? Mengapa? Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama sebuah kehidupan.

Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup.

Jika hati mati maka semua amalan yang dilakukan akan menjadi tempang, kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya.

Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah .

Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin.

Adalah menjadi tugas seorang Mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati.

Pernahkah anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham daripada Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri sudah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi.

Pada hakikatnya, cahaya menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya al-Quran, sembahyang dan mengingati mati.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”



Koleksi Pilihan

Jumaat, 31 Oktober 2008

Khamis, 30 Oktober 2008

DEBAT MAMPU NILAI PEMIMPIN


MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Debat mampu nilai kemampuan pemimpin negara - Nik Aziz
Thu Oct 30, 08 5:15:23 pm
KOTA BAHARU, 30 Okt (Hrkh) - PAS menyambut baik saranan diadakan debat dan berharap ianya diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan, kata Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya.

"Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengetahuan," katanya yang dipetik Bernama ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini hari ini.

Seramai 310 orang pelajar kelas jahitan dan tenungan tangan seluruh Kelantan menerima sijil masing-masing dan akan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan wanita di kawasan masing-masing.

Nik Aziz berkata umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya.

Selasa, 28 Oktober 2008

INANG FLORA



SELAMAT DARANG KE
INANG FLORA km 23, 06400 Pokok Sena Kedah, Darul Aman.

Sabtu, 25 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA



Majlis Aidilfitri Kota Darulnaim meriahkan sidang Dun Kelantan
Mohd Nor Yahya I Foto Rizal Tahir - Sun Oct 26, 08 6:41:15 pm MYT

KOTA BHARU, 26 Okt (Hrkh) - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menjadi lebih meriah apabila majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di hadapan dewan tersebut.

Ribuan kakitangan kerajaan negeri, pusat dan penduduk berdekatan hadir menikmati pelbagai juadah yang disedia di 62 gerai.

Tempat letak kereta di bawah Plaza Kota Darulnaim dan ruang jalan kaki di hadapan blok 1 dan 2 menjadi tumpuan orang ramai. Kehadiran orang ramai begitu sendat sekali.

Majlis itu tambah meriah lagi dengan kehadiran Tengku Amalin A'ishah Putri. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub, Setiausaha Kerajaan Negeri. Dato' Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan jabatan negeri dan persekutuan.

Hari ini persidangan Dun memasuki hari kelima dan berlangsung pembentangan anggaran Belanjawan Kelantan 2009 yang dibentang anggota Exco, Dato' Husam Musa mewakili Menteri Besar.

Jurucakap urusetia penganjur, sebanyak 62 gerai yang menghidangkan pelbagai juadah makanan dan minuman kepada pengunjung yang datang bertali arus.

Katanya, tujuan utama majlis itu diadakan bagi merapatkan hubungan kakitangan yang berada di dalam kompleks Kota Darulnaim dan dari segenap jajahan di Kelantan.

"Terdapat juga gerai-gerai dari pejabat tanah dan jajahan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang menghidangkan pelbagai juadah seperti roti canai, laksa dan laksam, nasi dagang, satay, pulut ikan kering dan nasi air," katanya.

Manakala gerai yang menjadi tumpuan iaitu milik Pejabat Menteri Besar yang menghidangkan nasi beriani, roti jala dan kuzi ayam, Pejabat Majis Mesyuarat Kerajaan pulut ikan kering bersama rendang daging, Yayasan Islam Kelantan (pizza Arab) dan PKINK (mee mamak dan mee bandung).

Jabatan Mufti (satay), Urusetia Penerangan (cendol pulut tapai), MPKB-BRI (nasi minyak) dan Urusetia Pembangunan Belia, Wanita dan Sukan pula menghidangkan pelbagai colek buah.

Rabu, 24 September 2008

PELUANG UNTUK MENDERMA

1. Pembelian bangunan untuk PASTI.
Mereka yang berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian ke nombor akaun PASTI KAWASAN SANDAKAN 10016010061688 (Bank Islam Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Sabah ).
Ataupun untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ishar Hamka Ismail di talian 019-8974798 dan Mustaman Mustain di talian 019-8735740, 089223260.

2. PAS Bagan rayu bantuan untuk mangsa kebakaran
PAS Kawasan Bagan bersimpati dengan kejadian kebakaran Rumah Hijau, Mak Mandin pagi semalam di mana salah seorang mangsa adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Bagan, Mohamad Ashrof Mat Isa 27. "PAS Bagan bersimpati dengan kejadian tersebut dan berharap semua mangsa tidak kira Islam atau bukan Islam agar bersabar dan bertenang menghadapi rintangan, " ujarnya.
Bagi mereka yang ingin menyumbangkan wang ringgit kepada keluarga beliau boleh menghubungnya di talian 012-4826007.

(maklumat dalam Harakahdaily)

Rabu, 25 Jun 2008

SAHAM AKHIRAT

SAHAM AKHIRAT

Maahad Tahfiz
No. Akaun Bank Islam Berhad
(cawangan Pasir mas, Kelantan) : 3027010014625
(Diatas nama: Bendahari Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat)

Tuan-tuan juga boleh menghulurkan sendiri sumbangan anda
Di alamat:
Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Jalan Sekolah Sri Kaimbang, Mukim Repek,
17070, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Tel / Fax: 609 7905477.

Pengetua Tahfiz:
Tuan Guru Mohammad Subki Abdul Rahman: 019 9394185.

SAHAM YANG TIDAK AKAN RUGI

Rabu, 18 Jun 2008

KEHIJAUAN TAMAN

Apabila badan terasa penat eloklah sekali sekala masuk ke dalam hutan. Itu pun kalau kawasan hutan dekat dengan rumah kita, bagi saya tidak menjadi masalah.

Kawasan hutan amat sesuai untuk kita berehat kerana di kawasan persekitarannya diliputi pokok-pokok yang menghijau. Burung-burung, unggas-unggas berkeliaran menceriakan lagi pemandangan. Udara yang segar dan air sungai yang mengalir menyebabkan kita seronok berada di sini, inilah nikmat pemberian Allah

Beginilah kehidupan kami, masih ada hutan tempat kami berehat dan mencari buah hutan untuk kami makan dan menambahkan hasil pendapatan keluarga. Jika anda berusaha mencari sesuatu pasti berjumpa akhirnya.

Sabtu, 24 Mei 2008

WANITA SOLEHAH

Ciri-ciri Wanita Solehah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
2. Menguruskan rumahtangga
3. Berhias untuk suami
4. Melayani suami
5. Berpakaian menurut ajaran Islam
6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Selasa, 20 Mei 2008

APA YANG DICARI

Jam telah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Seorang peniaga sedang sibuk mengemaskan barangan jualan di sebuah pasar malam. Pada keesokkan harinya pula ia akan memulakan tugas di pejabat sebagai seorang kakitangan awam.

Di pejabat dia didapati keletihan dan mengantuk sepanjang tugasannya. Gaji yang diperolehinya sekadar untuk membayar sewa rumah, perbelanjaan keluarga, bil eletrik, bil air, cukai pintu dan hutang kenderaan. Dengan harga barangan yang melambung sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi keperitan hidupnya.

Perniagaannya yang selama ini dapat membantu meringankan beban kehidupannya sukar untuk dihadapi. Semoga usahanya tidak membantutkan keazamannya untuk terus hidup bahagia bersama keluargan tersayang. Biarlah setiap yang diimpikan menjadi realiti.