Isnin, 18 Oktober 2010

SURAU LAMA DIBENA KAYU

Jika anda ke kawasan pendalam di kampung Tualang pastinya anda masih boleh menemui surau lama yang dibena dengan kayu. Surau ini masih kukuh dan digunakan untuk solat berjemaah.

BASIKAL TERPAKAI DARI JEPUN

Jika anda inginkan basikal terpakai yang diimpot dari Jepun, lasak dan menarik boleh didapati disini.

Sabtu, 16 Oktober 2010

'COCONUT SHAKE'


Jika anda datang ke Pokok Sena dan inginkan minuman 'coconut shake' di tempat yang selesa dan santai sila datang ke:

'Coconut shake' km 22 Jalan Kuala Nerang, 06400 Pokok Sena
Waktu dibuka: 10.00 pagi - 6.00 petang. Cuti Jumaat.

Jumaat, 15 Oktober 2010

SELAMAT MENUNAIKAN FADU HAJI 1431

Kepada jemaah yang sedang dalam perjalanan dan akan menunaikan Fardu Haji ke Tanah suci Makkah kami mengucapkan selamat pergi dan mengharapkan mendapat Haji Mabrur.

@Teratak Impian Bukit Lala

Khamis, 7 Oktober 2010

KANAK-KANAK MENANGKAP IKAN

Cukup mudah untuk mendapat ikan yang sedang mabuk semasa kawasan sawah sedang dibajak, ikan keluar dari tempat persembunyian di dalam lubuk.

Kanak-kanak ini cuma menyerkap ikan yang timbul dan akan mengambilnya di dalam serkap yang mana ikan tidak boleh melompat dan lari.

Mudah sungguh kan, sekejap saja boleh dapat sekilo ikan untuk hidangan makan malam.

Rabu, 6 Oktober 2010

KAMPUNG BANGGOL PANCUR, POKOK SENA

Kawasan Banggol terletak 3 kilometer Pokok Sena. Dari lampu isyarat di sebelah kiri menuju ke jalan Kuala Nerang. Setelah masuk ke kiri ikut jalan Sekolah Menengah Pokok Sena dan Balai Bomba.

Selepas meneruskan perjalanan sejauh 2 kilometer kita akan nampak pandu arah di kiri jalan. Pusing kiri dan terus masuk ke dalam. Kiri dan kanan jalan masuk dipenuhi pokok-pokok buahan.

Penduduk di sini berkerja sebagai pesawah dan penoreh getah. Ada juga yang berkerja di pejabat dan berniaga secara kecilan.Apa yang menariknya di kampung ini kebanyakan rumah mereka dipagari dengan kawat berduri untuk mengelakan binatang ternakan menceroboh kawasan tanaman mereka.





Selasa, 5 Oktober 2010

PASAR BORONG DI PEKAN POKOK SENA

Pasar borong Pokok Sena terletak bersebelahan lampu isyarat di sebelah kiri jalan menuju ke jalan Kuala Nerang. Waktu perniagaan bermula dari jam 4.00 pagi.

Kebanyakan yang membeli secara borong adalah peruncit-peruncit di Pasar Pokok Sena dan juga peniaga runcit di kawasan kampung sekitar kawasan Pokok Sena ada juga yang datang dari Alor Setar. Mereka memberi tahu saya harga di sayur di sini adalah lebih murah.

Semalam saya dapati harga cili merah hanya dijual RM 5.00 sekilo berbanding dalam bulan puasa mencecah hingga RM 12.00 dan RM 19.00 sekilo.

Sayur-sayur lain juga dijual, kebanyakan sayur ditanam di kawasan tanaman semula getah dan ada juga di kebun khas untuk tanaman sayur di sekitar jalan Naka. Pelbagai jenis ulam juga ada, petai tidak ketinggalan, datanglah...

Isnin, 4 Oktober 2010

BUAH WARNA KEEMASAN DAN WARGA EMAS

Gambar pokok ini diambil semasa melawat warga emas yang sakit tua. Beliau tidak boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat dan kadang dipimpin oleh cucunya. Isteri beliau sudah dua bulan meninggal dunia.

Rumah beliau terletak di kampung Bukit Lala, Pokok Sena. Semasa sihat beliau rajin dan suka bercucuk tanam dan akan menjualkan hasinya di Pekan Pokok Sena.

Tanaman yang diusahakan termasuk jagung, bendi, petola dan terung. Kebanyakan hasil tanamannya ditolak pada peraih yang sedia menunggu di pasar Pokok Sena.

Ahad, 3 Oktober 2010

MENGHALAU KERA ELAK MEMAKAN TANAMAN

Orang-orang dipasang di kawasan kebun jagung untuk mengelak kera memakan dan mematahkan pokok jagung yang mula berbuah dan baru kami mengutip hasilnya.

Sabtu, 2 Oktober 2010

ANAK KECIL SAKSI IBU MATI TERGANTUNG

1 Oktober 2010 seorang ibu muda telah dijumpai mati tergantung di dalam rumah mereka di km 23 Jalan Kuala Nerang.

Anak-anaknya telah melihat sendiri ibunya mati dalam keadaan tergantung semasa mereka balik ke rumah yang mana ayah mereka berniaga di warung hadapan rumah mereka. Mereka terus memberi tahu ayah mereka yang maseh sibuk berniaga.

Orang ramai yang kebetulan minum pagi di warung berkenaan terus berlari melihat kejadian tersebut. Waktu kejadian jam menunjukkan pukul 11 pagi.


  • Atas: Apakah yang mereka renungka..
  • Tengah: Mereka sedang bermain ungun api.
  • Bawah: YouTube ' Selamat tinggal anah ku'.....
  • tiblakedah.blogspot.com @AGFA DC-1033s.
Catatan: Gambar dan video di atas diambil pada 2 Ogos 2010. Ibu mereka telah meninggal dunia pada 1 Oktober 2010, 2 bulan setelah gambar ini diambil dan dirakamkan - penulis.

Jumaat, 1 Oktober 2010

TERUNG BULAT

Mudah ditanam dan buahnya enak dibuat sayur. Dua tiga pokok sudah cukup untuk menampung perbelanjaan dapur. Cubalah sekarang.