Khamis, 26 Disember 2013

Cerita Sebenar di Sebalik Kenaikan Tarif Elektrik


1

Amat bermakna untuk kita renungkan di mana topik ini masih tidak ramai yang tahu; malah pihak media pun langsung tidak memberikan publisiti yang sepatutnya. Elok juga diamati benar-benar akan apa yang terselindung di sebalik rahsia besar negara ini.
Apa itu IPP?
IPP = independent power producers – pengeluar tenaga persendirian. Jadi, dalam Malaysia ni, 60% daripada kuasa elektrik dibekalkan oleh TNB – Tenaga Nasional Berhad dan 40% bakinya oleh pengeluar tenaga persendirian berkenaan. Namun TNB cuma memerlukan tambahan 25% tenaga lebihan bagi tujuan ‘back-up’ yang dinamakan ‘reserve margin’.
Bezanya TNB dengan pengeluar tenaga persendirian ini ialah dari segi peranan dan tanggungjawab. TNB ada kaitan dengan kerajaan di mana letaknya tanggungjawab sosial mereka terhadap rakyat. Sedangkan pengeluar tenaga persendirian itu pula adalah pihak swasta sepenuhnya, tanpa budi bahasa – tanpa tanggungjawab sosial di mana objektif utama mereka adalah mencari keuntungan semata-mata.
Kerajaan telah memperkenalkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang mengikat TNB dan IPP dengan pembahagian tenaga kuasa 60% dan 40% itu. Agak malang, disebabkan oleh sifat tamak pihak pengeluar tenaga swasta yang tidak ketara dilihat itu di bawah perjanjian berkenaan, telah terlebih bekal tenaga yang dihasilkan kepada TNB!
Perlu diingat, TNB cuma perlukan 25% tenaga lebihan bagi tujuan ‘back-up’ sebagai ‘reserve margin’, tetapi oleh sebab dasar tamak IPP, mereka terus bekalkan tenaga yang ‘terpaksa beli’ oleh TNB yang terikat dengan perjanjian berkenaan; di mana jumlah reserve margin berkenaan berjumlah 47% (bukan 25% seperti yang diperlukan!).

Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung (TNB Janamanjung Sdn Bhd).
Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung
(TNB Janamanjung Sdn Bhd).

Ini bermaknan TNB punya lebihan 22% (47% – 25% = 22%) yang langsung tidak diperlukan sama sekali. Namun TNB ‘terpaksa’ juga beli dan membayar lebihan berkenaan kepada pengeluar tenaga persendirian itu (IPP). Cuba lihat berapakah kos bagi lebihan 22% tenaga berkenaan? Seringgit, dua ringgit atau RM100!
TNB perlu membayar sebanyak RM500juta kepada IPP untuk tempoh 8 bulan akan datang bagi tenaga yang tidak disalurkan kepada pengguna (iaitu kita sebagai rakyat). Sebelumnya, TNB sudah memang terpaksa membayar RM1bilion setahun kepada pengeluar tenaga persendirian itu, kini perlu dibayar RM500juta lagi bagi tenaga yang kita tidak gunakan itu.
Jadi bagaimanakah TNB tidak terpaksa menaikkan tarif (bil elektrik kita) apabila mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan pihak pengeluar tenaga persendirian, selain daripada kes kecurian kabel tembaga dan tekanan bagi pembayaran RM500juta lebihan tenaga tersebut. Maka mangsa sebenarnya di belakang sana adalah rakyat!
Inilah keadaan yang dihadapkan kepada kita semua tanpa dapat dielak, di mana pengeluar tenaga persendrian itu adalah kalangan kroni pak-pak menteri belaka. Dan TNB terpaksa hadapi keadaan ini secara berterusan dengan cabaran penuh liku. Dan menterinya pula berkata kerajaan ‘tiada kuasa’ dalam hal berkenaan. Bahkan bentuk draf perjanjian pun tidak boleh didedahkan. Tentu pelik, kan!
Dan lebih memeritkan rakyat ada ‘subsidi’ lagi bagi bahanapi dan bahan bakar yang dibekal dan digunakan oleh pengeluar tenaga persendirian ini. Jumlahnya, seperti yang diwar-warkan ada kira-kira RM21bilion setahun, kononnya (sebelumnya, cuma RM19bilion).
Dasar perompak zaman moden. Siapa yang kena rompak kalau bukan kita, rakyat di negara yang bertuah ini.