Khamis, 30 Disember 2010
Rabu, 29 Disember 2010
Khamis, 9 Disember 2010
KAHWIN LAGI, BERANAK SEBELUM CERAI
Dia yang berasal dari Taman Desa Ilmu dekat Pokok Sena memberitahu, perceraiannya dengan Hasli Azuwa Johari, 21, melalui cara tebus talak sebanyak RM35,000 baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar semalam.
Azuan berkata, dia bernikah dengan Hasli Azuwa pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amri Helmi yang kini berusia dua tahun enam bulan.
“Tapi pada 11 Februari 2009, isteri saya telah bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan saya,” katanya di sini semalam.
Menurut Azuan, dia sebelum ini tidak pernah melafazkan cerai kepada Hasli Azuwa malah isterinya itu keluar dari rumah pun ketika dia tiada di rumah kerana bekerja.
“Sejak itu, dia tidak pulang ke rumah dan saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya tetapi semalam saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lalu,” ujarnya.
(Sumber Kosmo – 9 Dec. 2010)
Selasa, 9 November 2010
DI PERKUBURAN
Isnin, 18 Oktober 2010
SURAU LAMA DIBENA KAYU
BASIKAL TERPAKAI DARI JEPUN
Sabtu, 16 Oktober 2010
'COCONUT SHAKE'
Jumaat, 15 Oktober 2010
SELAMAT MENUNAIKAN FADU HAJI 1431
@Teratak Impian Bukit Lala
Rabu, 13 Oktober 2010
Khamis, 7 Oktober 2010
KANAK-KANAK MENANGKAP IKAN
Kanak-kanak ini cuma menyerkap ikan yang timbul dan akan mengambilnya di dalam serkap yang mana ikan tidak boleh melompat dan lari.
Mudah sungguh kan, sekejap saja boleh dapat sekilo ikan untuk hidangan makan malam.
Rabu, 6 Oktober 2010
KAMPUNG BANGGOL PANCUR, POKOK SENA
Selepas meneruskan perjalanan sejauh 2 kilometer kita akan nampak pandu arah di kiri jalan. Pusing kiri dan terus masuk ke dalam. Kiri dan kanan jalan masuk dipenuhi pokok-pokok buahan.
Penduduk di sini berkerja sebagai pesawah dan penoreh getah. Ada juga yang berkerja di pejabat dan berniaga secara kecilan.Apa yang menariknya di kampung ini kebanyakan rumah mereka dipagari dengan kawat berduri untuk mengelakan binatang ternakan menceroboh kawasan tanaman mereka.
Selasa, 5 Oktober 2010
PASAR BORONG DI PEKAN POKOK SENA
Semalam saya dapati harga cili merah hanya dijual RM 5.00 sekilo berbanding dalam bulan puasa mencecah hingga RM 12.00 dan RM 19.00 sekilo.
Sayur-sayur lain juga dijual, kebanyakan sayur ditanam di kawasan tanaman semula getah dan ada juga di kebun khas untuk tanaman sayur di sekitar jalan Naka. Pelbagai jenis ulam juga ada, petai tidak ketinggalan, datanglah...
Isnin, 4 Oktober 2010
BUAH WARNA KEEMASAN DAN WARGA EMAS
Rumah beliau terletak di kampung Bukit Lala, Pokok Sena. Semasa sihat beliau rajin dan suka bercucuk tanam dan akan menjualkan hasinya di Pekan Pokok Sena.
Tanaman yang diusahakan termasuk jagung, bendi, petola dan terung. Kebanyakan hasil tanamannya ditolak pada peraih yang sedia menunggu di pasar Pokok Sena.
Ahad, 3 Oktober 2010
MENGHALAU KERA ELAK MEMAKAN TANAMAN
Sabtu, 2 Oktober 2010
ANAK KECIL SAKSI IBU MATI TERGANTUNG
Anak-anaknya telah melihat sendiri ibunya mati dalam keadaan tergantung semasa mereka balik ke rumah yang mana ayah mereka berniaga di warung hadapan rumah mereka. Mereka terus memberi tahu ayah mereka yang maseh sibuk berniaga.
Orang ramai yang kebetulan minum pagi di warung berkenaan terus berlari melihat kejadian tersebut. Waktu kejadian jam menunjukkan pukul 11 pagi.
- Atas: Apakah yang mereka renungka..
- Tengah: Mereka sedang bermain ungun api.
- Bawah: YouTube ' Selamat tinggal anah ku'.....
- tiblakedah.blogspot.com @AGFA DC-1033s.
Jumaat, 1 Oktober 2010
TERUNG BULAT
Khamis, 30 September 2010
POKOK TEMUSU
Selasa, 28 September 2010
REZEKI YANG HALAL
Mudah diambil kebun pun dekat
Duduk sendirian keluarga berkerja
Perkerja halal membawa berkat
• Atas: Anak buah Irfan aktif dan boleh berdikari.
• Bawah: YouTube 'Rezeki yang halal'
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA 1033s.
Khamis, 23 September 2010
YANG HIDUP SEBATANG TU JE
Isnin, 20 September 2010
Sabtu, 19 Jun 2010
Kenderaan si pemalas?
BAGI mereka yang biasa menghadiri simposium atau persidangan ke Amerika Syarikat (AS), anda tentu pernah terserempak dengan lelaki beruniform yang mengawal simposium itu dengan menaiki kenderaan unik dikenali sebagai Segway.
Segway merupakan kenderaan roda dua yang dijana menggunakan bateri dan penunggang perlu berdiri ketika menaiki kenderaan yang berfungsi seperti basikal atau scooter ini. Bagaimanapun, cara operasinya agak berbeza iaitu penunggang hanya perlu mencondongkan badannya ke hadapan untuk menggerakkan Segway ke hadapan dan mengiring ke kiri dan kanan untuk membelok.
Segway telah berjaya mendapat sambutan mengalakkan bagi pengangkutan di dalam bangunan seperti mengawal kawasan pusat dagangan, jabatan polis, pangkalan tentera, gudang, kampus korporat dan juga sebagai kenderaan pelancong di sesetengah negara Eropah.
Di atas kejayaan Segway, maka pelbagai syarikat kini turut cuba membangunkan kenderaan pengangkutan peribadi yang mungkin menjadi pilihan pengguna di masa depan. Honda misalnya, baru-baru ini memperkenalkan kenderaan prototaip dikenali sebagai Sistem Pergerakan Peribadi U3-X yang seakan fungsi seperti Segway tetapi hanya menggunakan satu roda dan mempunyai tempat duduk.
Kenderaan ini tentu sesuai digunakan oleh mereka yang malas untuk berdiri seperti diperlukan oleh Segway. Ia juga tentu lebih stabil daripada scooter elektrik yang kini digunakan oleh sesetengah orang dewasa untuk bersiar di taman atau ke surau.
Bagi orang-orang tua, badut, orang gemuk dan semput bila berjalan jauh, U3-X adalah pilihanterbaik untuk mereka. Kenderaan itu mampu bergerak selaju enam kilometer sejam (km/j) dan dengan beratnya hanya 10 kilogram, pengguna dengan mudah boleh membawanya menaiki bas, diletakkan di belakang bonet kereta atau dibawa berjalan.
Teknologi Asimo
Jika dicaj sepenuhnya, U3-X boleh digunakan selama sejam dan ia menggunakan beberapa teknologi robot Asimo dari Honda untuk mengimbangi kenderaan itu dan penunggangnya. Honda menyatakan, syarikatnya mencipta alat itu untuk membantu golongan berumur tetapi golongan itu mempunyai banyak pilihan sekarang kerana telah banyak robot pendukung manusia sedang dicipta seperti Beruang Robot.
Honda juga berharap U3-X mampu bersaing dengan alat pengangkutan peribadi Winglet dengan dua roda yang diperkenalkan oleh Toyota dua tahun lepas. Winglet juga merupakan scooter dua roda yang fungsinya hampir sama dengan Segway dan U3-X dengan kemampuan bergerak selaju 6 km/j iaitu sama dengan kelajuan U3-X. Bagaimanapun, ia tetap jauh berbeza dengan kelajuan Segway iaitu 20 km/j.
Honda telah menjalankan penyelidikan dalam bidang robotik sejak 1986 dan peralatan bergerak sejak 1999. Hasil kajian telah digunakan untuk pembangunan robot humanoid Asimo dan sebahagian daripada teknologi itu digunakan untuk U3-X.
Selain itu, Honda juga mempertingkatkan teknologi pemotorannya dengan memperkenalkan motosikal konsep 3R-C di Geneva, baru-baru ini yang melambangkan teknologi motosikal masa depan. 3R-C mempunyai penutup kecil yang melindungi tempat duduk penunggang ketika berhenti dan menjadi cermin pelindung angin ketika bergerak.
Maka di masa depan, kenderaan berkuasa elektrik akan menguasai jalan raya dan juga tempat laluan pejalan kaki kerana manusia ketika itu mungkin juga sudah lupa bagaimana untuk melakukan senaman cara mudah dan tanpa kos - iaitu berjalan.
Selasa, 15 Jun 2010
Pengalaman selebriti menerusi Insaf
Kepada mereka yang menyedari tujuan sebenar kehidupan yang merupakan wasilah ke alam kekal abadi di akhirat kelak, sudah pasti ia akan dipenuhi dengan perkara yang baik dan mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Namun, ada juga manusia yang pada mulanya hidup dalam kemaksiatan dan tanpa pegangan agama akhirnya kembali ke pangkal jalan selepas menerima hidayah Allah tidak kira sebanyak mana pun dosa yang pernah dilakukan.
Koleksi pengalaman
Menyedari pentingnya pengalaman yang dilalui oleh individu sedemikian rupa untuk dijadikan pedoman kepada orang lain, maka Utusan Karya Sdn. Bhd. mengambil inisiatif membukukan koleksi pengalaman beberapa individu dengan menerbitkan sebuah buku bertajuk Insaf...Perjalanan Kami Mencari Tuhan.
Dilancarkan pada 1 Jun lalu di Kompleks Sri Utusan, Bangi buku tersebut sememangnya memberi 1,001 kesan kepada mereka yang membacanya.
Objektif utama penerbitan buku itu ialah untuk mengajak pembaca mendekat dan merapatkan diri dengan Allah.
"Mesej itu dipersembahkan melalui cerita-cerita yang memberikan pengajaran yang dilalui oleh para penceritanya sepanjang perjalanan mereka untuk mengubah cara hidup semata-mata mencari reda Ilahi.
"Apa yang menarik di dalam buku ini ialah ia turut memaparkan pengalaman beberapa selebriti yang sudi menceritakan titik tolak kepada perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan dalam kehidupan masing-masing," kata Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd., Badrul Azhar Rahman. Antaranya ialah jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor, bekas pelakon dan penyanyi terkenal, Noorkumalasari, penyanyi kumpulan E.Y.E, Mohd. Izam Mohd. Arshad atau Izam dan bekas DJ popular, Irwan Shah.
"Saya percaya niat mereka berkongsi pengalaman hanya satu iaitu mengajak masyarakat kembali mendekatkan diri kepada Tuhan, menjadi umat Islam yang terbaik di dunia dan akhirat," kata Badrul.
Pada majlis pelancaran itu juga, Malek, Ziela dan Dr. Sam tidak malu bercerita mengenai kisah silam masing-masing yang jauh tersasar daripada ajaran Islam sebenar.
Sambil mengimbas semula kisah yang dialami satu ketika dahulu, ternyata semuanya tidak mampu membendung kesedihan.
"Alhamdulillah, Allah masih menyayangi saya kerana memberi hidayah untuk kembali menjalani kehidupan sebagai seorang Islam.
"Jika tidak, mungkin sekarang saya sudah semakin hanyut dengan permainan duniawi," ujar Malek yang pernah bergelar jaguh bina badan Asia (Mr. Asia) sebanyak enam kali.
Secara keseluruhan, terdapat 34 kisah menarik dan menginsafkan dipaparkan di dalam buku itu. Antaranya termasuklah kisah keistimewaan orang alim, peristiwa aneh sewaktu koma, mimpi yang menakutkan, keinsafan seseorang selepas ditimpa pelbagai musibah, jenazah alam kubur dan sebagainya.
Cerita-cerita itu pula membawa tema yang amat sesuai pada masa kini seperti masalah pembuangan bayi, maksiat, perebutan kuasa dan amalan ilmu hitam yang membawa kesan buruk kepada individu yang melakukannya.
Majlis pelancaran buku Insaf... Perjalanan Kami Mencari Tuhan itu disempurnakan oleh Malek, Ziela Jalil dan Dr. Sam Rasputin yang lebih dikenali sebagai Dr. Sam. Dr. Sam pernah popular dengan lagu Saya Anak Malaysia satu ketika dahulu.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad, Pengarang Kanan Unit Majalah Umum, Zulkarnain Zakaria, bekas-bekas pengarang Mastika dan wakil-wakil media.
Buku ini dijual pada harga RM9.90 dan boleh didapati di toko-toko buku utama di seluruh negara.
(Sumber : Kosmo.com.my)