Pasar borong Pokok Sena terletak bersebelahan lampu isyarat di sebelah kiri jalan menuju ke jalan Kuala Nerang. Waktu perniagaan bermula dari jam 4.00 pagi.
Kebanyakan yang membeli secara borong adalah peruncit-peruncit di Pasar Pokok Sena dan juga peniaga runcit di kawasan kampung sekitar kawasan Pokok Sena ada juga yang datang dari Alor Setar. Mereka memberi tahu saya harga di sayur di sini adalah lebih murah.Semalam saya dapati harga cili merah hanya dijual RM 5.00 sekilo berbanding dalam bulan puasa mencecah hingga RM 12.00 dan RM 19.00 sekilo.
Sayur-sayur lain juga dijual, kebanyakan sayur ditanam di kawasan tanaman semula getah dan ada juga di kebun khas untuk tanaman sayur di sekitar jalan Naka. Pelbagai jenis ulam juga ada, petai tidak ketinggalan, datanglah...
1 ulasan:
Assalamualaikum Sdra yang hebat.
Jom bisnes bersama bio asli
Catat Ulasan