Selasa, 24 Februari 2009

TIDAK MAHU CAMPUR ISU PAS

Tidak mahu campur isu Pas - Ibrahim
KANGAR 24 Feb. - UMNO tidak mahu mencampuri pergolakan politik antara Pas dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas perkara itu menegaskan, UMNO tidak mahu campur tangan dalam kes berkenaan.

"Itu adalah antara Pas dan Ibrahim. Biarlah mereka yang uruskan. UMNO tidak perlu campur tangan. "Apa pun keputusan, biar mereka yang buat. Saya tak perlu nak komen," tegasnya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan kerjanya ke Taman Teknologi Tinggi Pauh (TTTP) di sini hari ini.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak Ibrahim meletakkan jawatan kerana kelantangan beliau mengkritik pakatan pembangkang.

Ahad, 22 Februari 2009

SAMY VELLU BERANG CHEN GUAN

PETALING JAYA 22 Febuari 2009 (Utusan Malaysia) – “Kalau MIC mahu bergabung pun, lebih baik kami bergabung dengan UMNO atau MCA, bukannya dengan Gerakan.”
Sindiran itu ditujukan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, kepada Gerakan sebagai tindak balas atas kenyataan Naib Presiden parti itu, Huan Chen Guan yang dianggap mencampuri urusan partinya.

Beliau berang apabila Chen Guan, baru-baru ini, memintanya memberi laluan kepada kepimpinan muda dan pada masa yang sama mencadangkan supaya MIC bergabung dengan Gerakan. Baginya, kenyataan itu sesuatu yang tidak masuk akal.

“Jagalah parti sendiri, jangan sibuk kacau orang lain, biar 670,000 ahli MIC tentukan sama ada saya perlu beri laluan atau tidak dan ke mana hala tujunya,” tegasnya. Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di sini hari ini.

Arkib ucapan pemimpin : Dato Samy Vellu - Orang gilalah

Rabu, 18 Februari 2009

ELIZABETH TAWAR BERUNDUR


Elizabeth Wong tawar letak jawatan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Menteri Besar Selangor akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan isu tawaran peletakan jawatan Elizabeth. Polis Selangor mengambil keterangan Elizabeth serta empat wartawan, dua dari Malay Mail dan dua dari The Sun bagi membantu siasatan kes gambar bogel Elizabeth.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan satu lagi pilihan raya kecil (DUN Bukit Lanjan) diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau pada 7 April ini.

Selasa, 17 Februari 2009

CALUN PEMUDA UMNO

Kebiasaannya yang tengah tu lebih selamat, bila bertarung dalam gelangang. Tunggulah pada PAU 24 - 28 Mac. 2009. Tengok senyum lain macam je, bijak..bijak..

MEMORANDUM GMP KEPADA MP

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad bersama rombongannya menuju ke bangunan Parlimen pagi ini untuk menyampaikan memorandum kepada anggota Parlimen bagi membantah pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris itu. Memo itu diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamudin Husein. Bernama.

Isnin, 16 Februari 2009

GERAKAN MEMASUH PPSMI (GMP)

KUALA LUMPUR, 16 Febuari 2009 (Harakah) - Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) yang dipimpin oleh Dato Dr. Hassan Ahmad akan menyerahkan memorandum kepada semua ahli Parlimen Malaysia di bangunan parlimen esok Selasa, 17 Februari 2009.

Menurut Setiausaha GMP, Hasni Abas, penyerahan memo tersebut akan dibuat pada pukul 10.00 pagi. Tambahnya, turut mengiringi Dato' Dr Hassan Ahmad pada hari esok ialah Sastrawan Negara A Samad Said dan Pakar Matematik dan Sains, Dr. Shahril Mohd Zain.

Sidang Media oleh : Dato Dr. Hassan Ahmad

Apa mereka kata

BERBASIKAL KE PEJABAT

SAYA terpanggil untuk memberi pendapat mengenai syor kakitanganawam menggunakan basikal ke pejabat sememangnya tidak sesuai dengan cuaca di negara ini berbanding dengan negara yang berhawa dingin.

Ada beberapa perkara yang tidak praktikal jika kempen ini berterusan tanpa mendapat sambutan :
1. Walaupun kita berbasikal waktu awal pagi di negara kita, saya dapati cuaca di sini berbeza dengan di negara yang beriklim lembab. Pergerakan kita membuatkan badan berpeluh dan berbau. Jadi, keadaan ini tidak sesuai untuk berkerja di dalam pejabat.

2. Hujan pada waktu pagi boleh menjejaskan kedatangan kakitangan ke pejabat yang menyebabkan pelanggan dari luar yang berkenderaan
menunggu di kaunter. Ini akan menjejaskan imej dan kutipan harian agensi kerajaan atau majikan itu sendiri.

Begitu juga bas sekolah perlu efisyen supaya anak-anak mereka menggunakan kenderaan awam dari dihantar oleh penjaganya ke sekolah dan seterusnya ke pejabat.

GERAKAN MEMASUH PPSMI (GMP)

KUALA LUMPUR, 16 Febuari 2009 (Harakah) - Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) yang dipimpin oleh Dato Dr. Hassan Ahmad akan menyerahkan memorandum kepada semua ahli Parlimen Malaysia di bangunan parlimen esok Selasa, 17 Februari 2009.

Menurut Setiausaha GMP, Hasni Abas, penyerahan memo tersebut akan dibuat pada pukul 10.00 pagi. Tambahnya, turut mengiringi Dato' Dr Hassan Ahmad pada hari esok ialah Sastrawan Negara A Samad Said dan Pakar Matematik dan Sains, Dr. Shahril Mohd Zain.

Sidang Media oleh : Dato Dr. Hassan Ahmad

Apa mereka kata

Sabtu, 14 Februari 2009

MAKAN PAU TANPA KAYA


Sekarang mereka sedang bertarung untuk pemilihan jawatan dalam UMNO pada 24 - 28Mac. 2009. Pada 29 Mac. mereka akan turun ke medan dengan keletihan....

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan diadakan pada 24 - 28 Mac 2009 yang akan datang. Manakala besok harinya iaitu pada 29 Mac. 2009 adalah hari penamaan calun bagi dua bukit.
Bukit itu ialah : Bukit Gantang bagi kerusi Parlimen di negeri Perak. Manakala kerusi Dewan Negeri Bukit Selambau di negeri Kedah. Hari pengundian akan dijalankan serentak pada 7 April 2009.
Pada 7 April 2009 kita akan menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional akan makan PAU tanpa kaya. Rakyat sudah muak dengan kekayaan mereka akibat politik wang yang melanda UMNO dan BN. Rakyat akan membuat pilihan yang paling bijak pada hari itu nanti insyakAllah.


Pyzam Glitter Text Maker

DUA BUKIT UNTUK RAKYAT TOLAK BN

Puterajaya 13 Febuari 2009 : Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April ini. Manakala penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut ditetapkan pada 29 Mac 2009.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof selepas mempengerusi mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil tersebut di sini.
Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang (N.59) diadakan setelah penyandangnya, Roslan Shaharum dari Pas meninggal dunia pada 9 Februari lalu. Manakala Kerusi DUN Bukit Selambau pula disahkan kosong setelah wakil rakyatnya, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 8 Febuari lalu.

Bagi melicinkan proses pengundian, Abdul Aziz berkata, SPR menyediakan 32 pusat mengundi dengan 111 saluran mengundi di kawasan P.59, manakala N.25 melibatkan 22 pusat mengundi dengan 64 saluran mengundi.

Selasa, 10 Februari 2009

KEBAKARAN DI AUSTRALIA

PASUKAN forensik polis memeriksa rumah yang hangus terbakar di Marysville, utara Melbourne. Australia mahu hukum penjara seumur hidup pihak bertanggungjawab.
Melbourne : Kebakaran hutan di Australia berpunca daripada enam sumber dengan empat daripadanya bukan disengajakan, kata pakar pembakaran secara sengaja. Bagaimanapun, kebakaran yang memusnahkan bandar Marysville ditakrifkan sebagai perbuatan sengaja.
Pakar juga percaya, kebakaran di Churchill juga disengajakan. Kebakaran hutan secara sengaja membawa hukuman penjara 25 tahun. Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, mereka akan meminta hukuman penjara seumur hidup terhadap pihak yang bersalah.

TAHNIAH V. ARUMURGAM - NIK AZIZ

Salmah Mat Husain Tue Feb 10, 09 7:23:24 pm
KOTA BHARU, 10 Feb (Hrkh) - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam kerana sanggup menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dengan meletak jawatan sebagai Adun.

"Bukan senang nak melepas tekanan daripada Umno dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara," ujar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di pejabat Menteri Besar di sini, hari ini. Kata beliau pada mulanya beliau kesal dengan tindakan bekas Adun terbabit yang mengambil tindakan melepaskan jawatan hanya kerana menghadapi tekanan politik.
Bagaimanapun menurutnya tekanan diterima Arumugan begitu hebat sehingga tidak tertanggung lagi. "Oleh itu tindakan beliau mengosongkan kerusi Dun yang dipegang sebelum ini wajar sekali. "Mungkin ugutan yang diterima itu kuat sangat sampai kepada keluarganya. Kerana itu perletakan jawatan Arumugam sebagai langkah terbaik bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat," katanya.

Beliau juga berkata, berlainan dengan situasi di Kelantan kerana rakyat sudah masak dengan tekanan Umno dan BN sejak sekian lama sehingga pernah berlaku perisitwa Mageran pada 1977. Kata beliau kerana rakyat masak dengan ugutan BN maka pada pilihan raya umum lalu parti itu sekarang hanya tinggal enam kerusi Dun berbanding sebelum ini 22 kerusi.

Petang semalam Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan Arumugam meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta melalui suratnya bertarikh 8 Februari 2009. Bekas Adun terbabit melalui surat akuan bersumpah juga menjelaskan menerima ugutan sejak memenangi Dun Bukit Selambau pada pilihan raya umum lalu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bersetuju sekiranya Dato' Seri Nizar Jamaluddin dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang memandangkan dua tugas serentak begitu berat hendak dipikul. Menurut beliau sekiranya wakil rakyat biasa memikul dua amanah serentak sama ada di peringkat Dun dan Parlimen, ia tiada masalah.

"Tetapi sekiranya seorang Menteri Besar turut memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di peringkat Parlimen memang berat," katanya. Anggota Parlimen PAS Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung tengahari semalam.

Sabtu, 7 Februari 2009

LEMBU PEDATI SAJA YANG TAKUT CAMATI

"Lebih baik mereka meletak jawatan Adun bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada camti." Ini adalah luahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan 35 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kaum Tionghua sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan baru di Perak yang dibentuk Barisan Nasional (BN) hari ini amat diragui kerana Adun yang menyokongnya telah dikurung dan diugut. "Sama ada kena ugutan atau rasuah, tetap kerajaan yang dibentuk itu haram.

"Ini kerana mereka membuat keputusan menukar parti setelah hilang kira-kira seminggu. Tak tahu di mana berada, tiba-tiba muncul serentak membuat pengakuan keluar parti. "Hal ini menampakkan sama ada Adun-Adun itu kena rasuah atau diugut," katanya.

"Oleh itu beliau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan ke atas mereka kerana sebelum ini ada laporan menyebut ada rasuah sehingga RM50 juta melibatkan Adun terbabit. Secara tidak langsung kerajaan yang dibentuk di Perak hari ini adalah kerajaan haram," tambahnya.

KOMEN PELAWAT KE BLOG DR. M

By rakyatengah on February 6, 2009 11:34 AM
Assalamualaikum,
Apa ang terjadi di Perak amat menyakitkan hati saya selaku rakyat perak. Kehadiran seorang insan bernama Najib memporak perandakan negeri perak amat dikesali dan tidak akan dilupakan.
Negeri Perak hanya bernilai beberapa juta ringgit sahaja? amat-amat mengecewakan.

Selaku umat Islam saya amat bersyukur dan gembira kerana atas kesusahan yang berlaku sekarang ini, amat-amat membuatkan kami rasa begitu berserah dan bergantung kami kepadaNya. Doa dari saya dan rakan-rakan tidak putus-putus. Dan kami selaku insan kerdil redha atas apa yang terjadi. Tidakkah itu antara perkara baik untuk direnungi.

Tun pun lompat jugak cuma lompat luar kandang. Tapi tun masih pegang pagar kandang lagi. Tun Gegar-gegar sikit pagar kandang. Agak Agaknyalah tun dah tak masuk "kandang" lagi kot?. Kalau lompat balik rasa kena tendang keluar ja. Rakyat Perak yang pasrah dengan ketentuan Tuhan.

By waja64 on February 6, 2009 11:36 AM
DI MANA DIA ANAK KAMBING SAYA,ANAK KAMBING SAYA YANG NAMA NYA "SIRUL".

Selasa, 3 Februari 2009

DALANG KEJATUHAN KERAJAAN OTHMANIAH



Kejatuhan empayar pemerintahan Umaiyah semasa pemerentahan Sultan Abdul Hamid 11, mendapat tentangan hebat daripada negara-negara kuasa besar seperti Inggeris.

Kerajaaan Inggeris menggunakan tali barutnya untuk memaksa Sultan Abd Hamid menyerah kalah di tangan pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atartuk. Walau bagimanapun pendirian Sultan tetap utuh yang membawa kepada pertumpahan darah dan kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyah pada 1924.

Namun apa yang boleh kita saksikan di Turki pada hari ini, generasi yang mewarisi sikap dan pendirian Sultan Abdul Hamid II. Rakyat Turki bukan semuanya dapat menerima sistem pentadbiran sekular yang memisahkan negara dengan cara hidup Islam.

Justeru, lahirlah generasi umat Islam yang berusaha gigih mendaulatkan Islam serta mengembalikan Islam di tempatnya. Ini antara usaha mantan Perdana Menteri Turki, Dr. Necmettin Erbakan menerusi Parti Saadat yang hanya bertahan selama 8 bulan.

Suara rakyat telah mengubah segalanya Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) pimpinan Perdana Menteri Recep Taiyib Erdogan telah berjaya memerentah Turki. Dengan adanya kuasa memerentah sedikit sebanyak kerajaannya telah mencorakkan negara dengan mewujudkan persekitaran, rangkaian stesen televisyen dan radio Islam, walaupun setakat ini masih belum mencecah 100 peratus, namun ia telah berjaya mendorong banyak pihak untuk menerima Islam sebagai pegangan hidup.

Ahad, 1 Februari 2009

SIAPA YANG BERMASALAH?

Kemana mereka akan pergi?

Dua ADUN Perak daripada PKR letak jawatan
01/02/2009 8:57pm
IPOH 1 Feb. 2009 — Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar berkata, ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media di sini, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

“Surat peletakan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh saya berasaskan Artikel XXXV Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan. “Oleh yang demikian saya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang dengan segera,” katanya. - Bernama