Sabtu, 7 Februari 2009

LEMBU PEDATI SAJA YANG TAKUT CAMATI

"Lebih baik mereka meletak jawatan Adun bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada camti." Ini adalah luahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan 35 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kaum Tionghua sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan baru di Perak yang dibentuk Barisan Nasional (BN) hari ini amat diragui kerana Adun yang menyokongnya telah dikurung dan diugut. "Sama ada kena ugutan atau rasuah, tetap kerajaan yang dibentuk itu haram.

"Ini kerana mereka membuat keputusan menukar parti setelah hilang kira-kira seminggu. Tak tahu di mana berada, tiba-tiba muncul serentak membuat pengakuan keluar parti. "Hal ini menampakkan sama ada Adun-Adun itu kena rasuah atau diugut," katanya.

"Oleh itu beliau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan ke atas mereka kerana sebelum ini ada laporan menyebut ada rasuah sehingga RM50 juta melibatkan Adun terbabit. Secara tidak langsung kerajaan yang dibentuk di Perak hari ini adalah kerajaan haram," tambahnya.

Tiada ulasan: