Khamis, 7 Mei 2009

WAHEEDA ADALAH ISTERI SAYA?


"Saya ingin menjelaskan Waheeda adalah isteri saya tetapi di dalam program Cafe Akhil Hayy yang bernama Hani Al Zahra," kata Akhil yang seolah-olah cuba bermain dengan perasaan media ketika masing-masing khusyuk menantikan pendedahan yang dikatakan mahu dibuat pendakwah itu pada sidang media program sebanyak 13 episod.

Bagaimanapun harapan kami punah apabila mereka hanya bergelar suami isteri di kaca televisyen saja bukan seperti digembar-gemburkan. Mengakui muak dengan tuduhan yang masih belum mempunyai tanda berhenti, Akhil menganggap perkara itu sebagai cabaran untuk berdakwah.

"Allah melaknat orang yang membangkitkan fitnah walaupun ketika sedang tidur. Saya pun tidak tahu kenapa tiba-tiba saja benda ini datang seperti tsunami. "Mungkin inilah cabaran perjalanan dakwah saya. Nabi pun difitnah apatah lagi saya. Baginda melalui perjalanan yang lebih teruk tetapi masih gigih meneruskan dakwah. Saya hanyalah manusia biasa, bagi saya tidak ada orang yang sempurna dalam dunia ini.

Isnin, 4 Mei 2009

JOM SERTAI PAS


Kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini. Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir. Anda bila lagi?

Sabtu, 2 Mei 2009

MAHU KE MANA SOI LEK?


Kluang 2 Mei 2009 - Pucuk pimpinan MCA perlu menangani sendiri isu membabitkan spekulasi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu itu timbul mungkin disebabkan masalah yang telah lama terbuku di hati Soi Lek yang perlu dilihat dan didekati pucuk pimpinan MCA. Menurutnya, selaku rakan lamanya, beliau berasa sedih jika bekas Menteri Kesihatan itu benar-benar berhasrat keluar MCA dan menyertai pembangkang.

''Ini kerana Soi Lek merupakan seorang pejuang yang memahami sangat apa yang telah kita perjuangkan di bawah Barisan Nasional (BN) sekian lama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa UMNO Sembrong di Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai kemungkinan Soi Lek yang juga Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan akan keluar parti dan menyertai pembangkang. Kenyataan Soi Lek dipetik dalam laman portal The Nut Graph baru-baru ini.

Mengenai anak Soi Lek, Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis (BN) mungkin menuruti langkah bapanya, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, adalah tidak wajar jika Tee Yong bertindak demikian.

''Kita berada dalam parti dan menjadi wakil rakyat bukan kerana hubungan keluarga tetapi disebabkan tanggungjawab dan amanah kepada orang ramai," katanya.

Utusan Malaysia

Jumaat, 1 Mei 2009